•Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya...•Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya...

VDSL Network Sdn Bhd







Setelah aku tamat belajar dlam ijazah kejuruteraan elektronik telekomunikasi di UTeM, aku menganggur selama 6 bulan sejak bulan 5 lagi, aku grad bulan 8. Pada suatu hari dalam bulan 8 aku mendapat tahu yang sebuah syarikat ingin mencari pekerja yang mana akan diletakkan disekolah yang berhampiran dengan umah aku. Aku terus pergi ke sekolah semarak 2 dan berjumpa sendiri dengan pengetua En Fadhil, pengetua itu pun memberi aku no tepon Pn Latifah yang menjadi penemuduga pengambilan untuk syarikat berkenaan. Aku terus menelefon puan Latifah, tapi dia memaklumkan yang dia dah pun berhenti dan memberi aku nombor telefon pejabatnya di kuala Terengganu, kepada seorang kerani bernama cik kartini, aku pun menelefonnya dan bertanya adakah ada lagi kekosongan dalam syarikat berkenaan. Dia menyuruhku menhantar resume untuk melihat kelayakan yang aku ada. Aku pun bertanya apakah jawatannya, dia terus ckp jawtan LTST untuk mejaga 10 buah sekolah terpilih sebagai projek rintis cyberschool yang ditaja oleh kerajaan negeri. Kemudia bulan 10 aku menerima pangilan untuk datang temuduga dan taklimat oleh en nasir. Dan pada bulan 11 aku telah diterima masuk kerja, tapi pada masa yang sama dan hari yang sama aku kena melapor diri di sykt vdsl itu aku juga mendapat tawaran GREEN dibawah khazanah holding yang melatih graduan mengganggur untuk mepertingkat ilmu dlam beberapa bidang yang diplih oleh mereka, tapi setelah memikirkan dengan jauhya di KL dan elaun 1000 sebulan dan latihan yang memakan masa setahun, aku terus menolak dan menrima jawatan ltst, aku kena memlalui peringkat kursus selama 2 bulan sebelum dihantar ke sekolah yang diberikan. Disana aku dapat berjumpa seramai 20 orang yang juga terpilih. Aku bekerja selama hanya 10 bulan disana kerana tidah lagi tahan dengan hasil gaji dan kebosanan kerja.