•Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya...•Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya...

BAB 1 : BERMULANYA HIDUPKU



Diriku tetap dirku, walaupun sesiapa pun nama aku pada masa sekarang, namun namaku menajdikan aku seperti sekarang

Aku dilahiran pada 17 september 1984, di kg kepala gajah Besut, Terengganu Malaysia..setelah lahir aku terus dinamakan dengan namaku sekarang, aku pun tak tahu kenapa mereka memilih nama ini untuk aku, mgkin ia dirancang tau terjadi dengan sendiri bila terlintas di hati oleh seorang ibu atau bapa. kalau aku cerita kisah hidupku sejak lahir hingga 5tahun, mgkin faktanya tidak akan sama kerana aku sendiri belum mengenal erti sebuah kehidupan di muka bumi ibarat bunga di hutan yang mana akan berputik, berkembang dan layu..

seusia 6 tahun, mgkin aku boleh bercerita sedikit selagi memori aku ingat. yang akau tahu masa itu, aku bersekolah di tabika di kampungku. masa itu aku tahu orang menyebut kerteh 6, mgkin itula nama kampungku. berumah kayu, ada pokok, jalan, orang, rumah, bangunan. binatang,. ah aku sendiri tidak perlu tahu semua itu, kerana kau masih bertanya kenapa aku ada disini. apa perlu aku buat. menangis bila sedih, ketawa bila seronok. apa itu, apa ini, tetap bermain di benak fikiranku.